Sunday 15 September 2019

REVIEW : TEATER NISYA KHALEED

Assalammualaikum & salam sejahtera warga net & para pencinta Teater sekalianzzz ;)

Setelah hampir 2 tahun kita tak bersua di sini, Alhamdulillah kali ini Kaklols terpanggil untuk menulis sedikit pandangan & kritikan membina buat Teater Nisya Khaleed yang Kaklols tonton hari tu (Ahad : 25/8/19). Kita santai-santai jer OK?

Terus terang Kaklols rindu sangat dengan pentas teater & mmg agak lama Kaklols tak beraksi mahupun menjadi seorang penonton. Lagi pula sekarang puteri pertama Kaklols, Cikboonga sgt aktif & gemarkan perhatian. Mmg Kaklols banyak terlepas & dah tak up to date langsung dengan segala gejolak yang berlaku dalam duniawi kini hahahahaa.. Ok. Pendek cerita malam kelmarin Abgchik tersangatlah baik hati nak jagakan Cikboonga & lepaskan Kaklols pergi menonton Teater Nisya Khaleed walaupun seorang diri. Yeeeaahaaaa!!!

Sepintas lalu kita berkenalan serba sedikit tentang latar belakang  serta peneraju utamanya. Tinggi harapan Kaklols kpd persembahan teater ini. Tercalon di BOH CAMERONION ARTS AWARDS-16 untuk 2 kategori. Best Actor In A Leading Role & Best Original Script. Sudah 2 kali di ulang persembahannya oleh Pengarah muda yang mempunyai idea kreatif & kritis yang sangat baik bagi Kaklols yang mengenali insan ini membesar sebagai pencinta seni secara individu.



Sesungguhnya skrip hebat karya Seni Bayan ini telah berjaya diangkat oleh Afiza Asram yang lebih dikenali sebagai SITI menjadi sebuah persembahan berskala sederhana yang hampir sempurna dengan menggunakan ruang yang sememangnya agak minimal iaitu di Studio Revolution Stage. Jelas terpancar konsep yang cuba diangkat oleh Siti iaitu Realisme Minimalisme. Layanlah kaklols posing dlm bilik sempit nie hehe..



Mempertaruhkan pasangan suami isteri yang tidak perlu lagi dipertikaikan kebijaksanaan mereka ketika di atas pentas sebagai hero & heroin drama ini iaitu Ashraf Zainul & Atiqah Abu Bakar yang membuatkan keseluruhannya menjadi lebih WOW & SUPERB!



Jalan Cerita tentang seorang wanita bernama Nisya Khalid yang berasal dari Malaysia dibelenggu oleh cinta, keluarga & agama yang bermula apabila beliau mengahwini seorang jejaka dari seberang bernama Zulkarnaen. Mengecapi saat bahagia pada awal perkahwinan mereka langsung tidak menjangkakan yang beliau akhirnya akan turut terjerumus dengan menyertai suaminya dalam gerakan teroris di Asia sehingga sanggup untuk menggadaikan nyawa sebagai pengebom berani mati.



Tetapi pada saat beliau ingin meledakkan sebuah Kelab Malam di Kota Jakarta, beliau terkenangkan anak-anak beliau yang berada di Malaysia menyeru-menyeru nama beliau agar hentikan perbuatan terkutuk itu. Ketika ini pengarah memberi impak yang sangat maksima kpd penonton bagi Kaklols apabila menggunakan efek lampu & beberapa orang korus sebagai suara-suara anak beliau yang tergiang-ngiang di telinga sehingga akhirnya beliau memutuskan utk tidak meneruskan tindakan beliau & cuba utk memperbetulkan keadaan. Saat ini Kaklols hampir menangis tapi cuba tahan sebaik mungkin. Tak nak lah hilang kemachoan yang ada hahahaa!!! Good job Siti!!!



Overall kaklols balik dgn perasaan kenyang dan gumbira cuma mungkin ada 2 nota kecil kaklols nak tinggalkan sebagai kritikan membina buat keseluruhan persembahan. Bagi pandangan kaklols sebagai penonton mungkin terdapat dalam 5% terganggu dgn blocking dan suara watak bernama Adawiyah. Beliau kadangkala agak membelakangkan penonton ketika berdialog dgn Nisya, juga suara agak "slow" ketika waktu-waktu tertentu. Seperkara lagi mungkin bagi pakaian korus yang juga memegang watak sebagai sahabat-sahabat Zulkarnaen. Ada yg membuat tudung bawal putih berbunga di hujung sebagai alas di bahu dan juga seluar hitam "skinny/slimfit" yang mungkin menjadikan Zulkarnaen seperti sangat asing dengan identiti sahabat-sahabatnya yang juga berjuang sebagai teroris. Mungkin yang perlu diperbaiki hanya 10% yang kaklols sebutkan di atas utk menjadikan persembahan ini seperti tiada langsung cacat celanya.


So far kaklols bagi 5 bintang untuk produksi Nisya Khaleed. LOVE LOVEEE LOVEEEEEEE sgt!!! Semoga Siti and team akan terus berbakti kepada industri Teater dengan persembahan-persembahan yang jujur dan dekat dengan jiwa seperti ini. xo~ LOLA





P/S: Kaklols dah janji lama dah nak buat this review tapi masa amat mencemburui kaklols nak feeling-feeling dgn lappy nie. Almaklumlah cikboonga nie macam magnet. hehee Sorry for the late update >,<






REVIEW : TEATER NISYA KHALEED

Assalammualaikum & salam sejahtera warga net & para pencinta Teater sekalianzzz ;) Setelah hampir 2 tahun kita tak bersua di si...